OFFICIAL WEBSITE

CENTRAL FOREST SPINE

Placeholder Company Logos
CFS 1

CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

LAMAN WEB RASMI

Menyambung Kembali Hutan

Apakah itu Central Forest Spine (CFS)?

CFS merupakan gabungan 8 kompleks hutan seluas 6.71 juta hektar yang merentasi 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Ia membentuk tulang belakang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di Semenanjung Malaysia yang berfungsi untuk melindungi hidupan liar, memelihara air bersih, dan menyokong kehidupan serta kesejahteraan kita.

Lindungi 5 Hidupan Liar Ikonik Kita

Harimau Malaya, Gajah Asia, Tapir Malaya, Beruang Matahari, dan Harimau Kumbang. Lima jiwa rimba yang bergantung kepada hutan CFS untuk terus hidup. CFS adalah pendekatan pemuliharaan secara landskap bagi memastikan keberlangsungan mereka.

5 Objektif. 14 Strategi. 228 Inisiatif.

Pelan strategik 2022–2040 diluluskan pada 20 Julai 2022 dalam Mesyuarat MPFN ke-40 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.Dilancarkan pada 22 Mac 2023 sempena Hari Hutan Antarabangsa bagi memulihkan rangkaian ekologi negara secara bersepadu.

Satu Hutan. Lapan Kompleks. Satu Misi.

Selama berdekad, hutan kita terpecah — terpisah oleh jalan raya, ladang,
dan pembangunan. PIRECFS 2022 adalah pelan untuk menyambungnya
kembali. Tonton bagaimana.

Mengapakah
CFS Diperlukan?

Habitat Pelbagai Spesis

Kawasan CFS menjadi habitat kepada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar (terrestrial dan akuatik).

Sumber Air dan Oksigen

Berperanan sebagai kawasan hutan tadahan untuk membekalkan sumber air mentah dan oksigen, mengawal hakisan tanah dan bencana alam, menstabilkan suhu di permukaan bumi dan menyeimbangkan ekosistem.

Sumber Asli yang Bernilai Tinggi

Mempunyai sumber asli yang amat bernilai tinggi serta dikekalkan dan dipelihara bagi memastikan kemampanan dan kesejahteraan alam sejagat secara keseluruhan.

Rangkaian Ekologi CFS

Rangkaian Ekologi adalah habitat hutan yang menyambung atau membolehkan pergerakan hidupan liar antara pulau hutan di dalam Kawasan CFS sama ada melalui rangkaian semula jadi sedia ada yang masih berhutan atau laluan pergerakan seperti sungai, lembah, dan permatang. Rangkaian Ekologi adalah penting bagi:

Menghubungkan kompleks hutan

Membantu memelihara kesihatan ekosistem dan hidupan liar

Memperkuatkan perlindungan
kawasan

Lokasi Kompleks Hutan dan Rangkaian Ekologi CFS:

8 Kompleks Hutan CFS

Kawasan CFS merangkumi 8 kompleks hutan yang merentasi 8 buah negeri.
Klik pada setiap kawasan berwarna untuk ketahui lebih lanjut.

39 Rangkaian Ekologi

Rangkaian Ekologi berbentuk fizikal, mempunyai ruang geografi yang jelas dan diurus tadbir dalam jangka masa panjang untuk mengekalkan atau memulihkan hubungan ekolgi yang berkesan. Rangkaian Ekologi dikelaskan kepada 2 kategori iaitu Rangkaian Utama (PL) dan Rangkaian Sekunder (SL). Klik pada setiap pin lokasi untuk ketahui lebih lanjut.

Rakan Strategik CFS

Pihak Berkepentingan yang bersama-sama melindungi hutan-hutan di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

JPS

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

FRIM

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara

PERHILITAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia)

PLANMalaysia

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JPSM

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

NRES

NRES NRES
JPSM JPSM
PLANMalaysia PLANMalaysia
PERHILITAN PERHILITAN
FRIM FRIM
JPS JPS
NRES NRES
JPSM JPSM
PLANMalaysia PLANMalaysia
PERHILITAN PERHILITAN
FRIM FRIM
JPS JPS

Membina Masa Depan Hutan Negara Melalui 228 Inisiatif CFS

Daripada pemulihan habitat hingga pengurangan roadkill hidupan liar, terokai pelbagai inisiatif CFS yang dirangka untuk memastikan kelestarian ekosistem negara untuk generasi akan datang.

14

5

228

Strategi

Objektif

Inisiatif

LM-CTA

Petunjuk Peta

Petunjuk Peta

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.

Maklum balas Berjaya Dihantar

Inisiatif di bawah Tindakan 1.1a

Memperincikan Cadangan Guna Tanah dan Pemeliharaan Kawasan CFS di dalam Rancangan Tempatan (RT).

Hanya inisiatif yang melibatkan JPSM atau JPN sebagai pelaksana utama atau sokongan yang dipaparkan.

BilInisiatifPelaksana UtamaPelaksana SokonganFasa PerlaksanaanTahap Kepentingan Perlaksanaan Red ActionSangat Penting, Memerlukan Tindakan SegeraYellow ActionPenting, Boleh Dijalankan Secara SederhanaGreen ActionPerlu Kajian Terperinci Sebelum Pelaksanaan
1Menggunakan sepenuhnya RT untuk melaksanakan pengurusan tanah hutan dalam negeri secara bersama.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. JPN PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
2Sempadan kawasan CFS dan Rangkaian Ekologi perlu dimasukkan ke dalam RT bagi memastikan cadangan yang disediakan di dalam Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS 2022 diwartakan bersekali dengan RT di bawah peruntukan Akta 172. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
3Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
4Semua HTK di dalam daerah dicadangkan untuk diwartakan sebagai HSK.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
5Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
IV. JPN
V. JAS
VI. JMG
VII. JPS
VIII. Jabatan Pertanian
IX. Jabatan PERHILITAN
X. JWN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
6Menyediakan zon penampan di sekitar Rangkaian Ekologi bagi memastikan aktiviti guna tanah di kawasan sekitar selaras dan menyokong peranan Rangkaian Ekologi bagi menghubungkan hutan yang terpisah. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PTG
III. JPN
IV. JPS
V. Jabatan PERHILITAN
VI. PBPT
VII. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action