Shared
Articles

Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah ‘Central Forest Spine’

Introduction

HULU SELANGOR: Kuala Kubu Bharu yang terletak di daerah Hulu Selangor diisytiharkan sebagai wilayah Central Forest Spine (CFS), hari ini.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang berkata, inisiatif melalui koridor Secondary Linkages (SL) iaitu CFS S2:SL3 merangkumi Hutan Simpan Kekal (HSK) Raja Musa – HSK Bukit Tarek – HSK Gading.

“Walaupun hanya terbabit sebagai SL, saya dapat melihat Selangor amat bersungguh-sungguh dalam memastikan Pelan Induk Koridor Ekologi CFS ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

 fotoBERNAMA

“Ini terbukti apabila negeri ini mengorak langkah yang proaktif dengan menyediakan satu pelan tindakan khusus iaitu Rancangan Pengurusan CFS bagi tempoh 10 tahun yang bermula tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) dan Pengisytiharan Wilayah Central Fired Spine (CFS) Peringkat Selangor di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu, dekat sini.

CFS adalah inisiatif di peringkat kebangsaan berdasarkan Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN2) dan melibatkan pelaksanaan beberapa negeri di Semenanjung termasuk Selangor.

Ia diwujudkan bagi mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti menerusi penyambungan empat kompleks hutan utama iaitu Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakhwan dan Taman Negara – Banjaran Timur.

Selain itu, ia turut membabitkan Tanah Lembap Pahang Tenggara, Tasik Chini dan Tasik Bera; dan Taman Negara Endau Rompin – Rezab Hidupan Liar Kluang.

Learn More on How
We Protect Our Forests

Care about protecting the environment?
Let’s start a conversation on conservation.
The official logo of IC-CFS

Forestry Department Peninsular Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.

Tel :  03-2616 4488
Fax :  03-2692 5657
Email :  cfs@forestry.gov.my

© 2021 IC-CFS. All rights reserved.