Shared
Articles

Rehat di R&R puncak Titiwangsa sambil tanam pokok

Introduction

GERIK – Pengguna Jalan Raya Timur Barat yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Puncak Titiwangsa berpeluang menanam pokok sempena kempen Penghijauan Malaysia yang berlangsung selama 10 hari bermula pada Rabu.

Ia antara keunikan yang menanti pengguna sambil merehatkan diri di R&R tersebut dengan menyertai Program Tanam-On-The-Go anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang berkata, program itu terletak di kawasan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) A-PL1 melibatkan kawasan Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Temenggor dan Hutan Simpan Royal Belum yang terkenal dengan pemandangan menarik dan terletak di tengah-tengah antara Gerik, Perak dan Jeli di Kelantan.

Mohd Ridza Awang bersama pegawainya selepas menanam pokok Merawan Siput Jantan Sempena Program Penghijauan Perak di R&R Puncak Titiwangsa Jalan Timur Barat pada Rabu. Foto Bernama

“Saya yakin pengguna Jalan Raya Timur Barat dari utara seperti Kedah, Perak dan Pulau Pinang dan Perlis ke pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu dapat didedahkan kepada kepentingan kawasan CFS ini.

“Ia merupakan landskap hutan yang berhubungan dan mempunyai fungsi tertentu merentangi empat kompleks hutan di Semenanjung Malaysia berfungsi sebagai tulang belakang kepada rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“Ia juga penting untuk memelihara kesihatan ekosistem termasuk populasi hidupan liar iaitu spesies terancam seperti harimau belang, beruang matahari, tapir dan gajah Asia dan lain-lain hidupan liar yang menyumbang kepada status kepelbagaian biodiversiti mega negara,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Puncak Titiwangsa di sini pada Rabu.

Mohd Ridza berkata, sebagai langkah memperkuatkan rangkaian kawasan dilindungi, inisiatif penanaman pokok menjadi penting kerana dapat membantu mengurangkan kesan negatif fragmentasi kawasan berhutan.

Beliau berkata, program CFS ini juga telah berjaya menarik pihak antarabangsa dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama terlibat seperti Projek Improving Connectivity in The Central Forest Spine (IC-CFS) yang menerima peruntukan Global Environment Fasility (GEF) melalui Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) berjumlah RM41.5 juta (AS$10 juta) bagi tempoh tiga tahun.

Learn More on How
We Protect Our Forests

Care about protecting the environment?
Let’s start a conversation on conservation.
The official logo of IC-CFS

Forestry Department Peninsular Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.

Tel :  03-2616 4488
Fax :  03-2692 5657
Email :  cfs@forestry.gov.my

© 2021 IC-CFS. All rights reserved.