OFFICIAL WEBSITE

CENTRAL FOREST SPINE

Placeholder Company Logos
CFS 1

CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

LAMAN WEB RASMI

Penafian

Terakhir dikemaskini pada 1 Januari 2026

1. Ketepatan Maklumat

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah berusaha untuk memastikan semua maklumat yang disiarkan dalam laman web Central Forest Spine (CFS) ini adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, JPSM tidak membuat sebarang jaminan atau representasi, sama ada tersurat atau tersirat, tentang ketepatan, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat tersebut untuk sebarang tujuan tertentu.

2. Penafian Tanggungjawab

JPSM dan kakitangannya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan atau kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Maklumat dalam laman web ini adalah untuk tujuan penerangan dan rujukan umum sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional, undang-undang atau teknikal.

3. Pautan Luar (External Links)

Laman web CFS mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga atau sumber luaran. Pautan-pautan ini disediakan semata-mata untuk kemudahan pengguna. JPSM tidak mengesahkan, menyokong atau bertanggungjawab atas kandungan, dasar privasi atau amalan mana-mana laman web pihak ketiga.

Pengguna dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat serta dasar privasi laman web berkenaan sebelum menggunakannya.

4. Hak Cipta & Harta Intelek

Semua kandungan dalam laman web CFS JPSM, termasuk teks, imej, grafik, video dan dokumen adalah hak milik JPSM atau pemilik yang berkaitan dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta Malaysia. Tiada bahagian kandungan ini boleh direproduksi, diedar atau digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada JPSM, kecuali untuk tujuan bukan komersial dan pendidikan dengan kredit yang sewajarnya diberikan kepada JPSM.

5. Ketersediaan Laman Web

JPSM berusaha untuk memastikan laman web CFS sentiasa boleh diakses, namun tidak menjamin akses tanpa gangguan. Laman web mungkin tidak tersedia dari semasa ke semasa disebabkan penyelenggaraan teknikal, peningkatan sistem atau keadaan di luar kawalan kami. JPSM tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kerugian yang timbul akibat gangguan perkhidmatan.

6. Pindaan Penafian

JPSM berhak untuk meminda penafian ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Pengguna dinasihatkan untuk menyemak penafian ini secara berkala. Penggunaan berterusan laman web ini selepas sebarang pindaan dianggap sebagai penerimaan terma yang telah dipinda.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian penafian ini, sila hentikan penggunaan laman web ini dengan segera.

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.

Maklum balas Berjaya Dihantar

Inisiatif di bawah Tindakan 1.1a

Memperincikan Cadangan Guna Tanah dan Pemeliharaan Kawasan CFS di dalam Rancangan Tempatan (RT).

Hanya inisiatif yang melibatkan JPSM atau JPN sebagai pelaksana utama atau sokongan yang dipaparkan.

BilInisiatifPelaksana UtamaPelaksana SokonganFasa PerlaksanaanTahap Kepentingan Perlaksanaan Red ActionSangat Penting, Memerlukan Tindakan SegeraYellow ActionPenting, Boleh Dijalankan Secara SederhanaGreen ActionPerlu Kajian Terperinci Sebelum Pelaksanaan
1Menggunakan sepenuhnya RT untuk melaksanakan pengurusan tanah hutan dalam negeri secara bersama.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. JPN PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
2Sempadan kawasan CFS dan Rangkaian Ekologi perlu dimasukkan ke dalam RT bagi memastikan cadangan yang disediakan di dalam Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS 2022 diwartakan bersekali dengan RT di bawah peruntukan Akta 172. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
3Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
4Semua HTK di dalam daerah dicadangkan untuk diwartakan sebagai HSK.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
5Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
IV. JPN
V. JAS
VI. JMG
VII. JPS
VIII. Jabatan Pertanian
IX. Jabatan PERHILITAN
X. JWN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
6Menyediakan zon penampan di sekitar Rangkaian Ekologi bagi memastikan aktiviti guna tanah di kawasan sekitar selaras dan menyokong peranan Rangkaian Ekologi bagi menghubungkan hutan yang terpisah. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PTG
III. JPN
IV. JPS
V. Jabatan PERHILITAN
VI. PBPT
VII. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action