OFFICIAL WEBSITE

CENTRAL FOREST SPINE

Placeholder Company Logos
CFS 1

CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

LAMAN WEB RASMI

Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS 2022

Panduan rujukan rasmi untuk perancangan dan pembangunan di kawasan Central Forest Spine (CFS) secara teratur dan mesra alam.

PIRECFS 2022 —
Rujukan Wajib untuk Semua Pihak

Rujukan bagi pembuat dasar, pemaju, perancang bandar, penyelidik, NGO dan komuniti dalam pengurusan kawasan CFS.


Dokumen ini menjadi rujukan penting untuk melindungi habitat hutan, memastikan laluan hidupan liar kekal bersambung, serta mengurangkan kesan pembangunan terhadap biodiversiti.

Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest
Spine 2022

Pecahan Jilid PIRECFS 2022

Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS (PIRECFS) 2022 disediakan dalam dua jilid berasingan, di mana Jilid 1 disediakan bagi Pemeliharaan CFS dan Rangkaian Ekologi keseluruhan dan Jilid 2 disediakan mengikut negeri (8 laporan berasingan). Kedua-dua laporan perlu dibaca secara bersama.

Jilid 1

Strategi Pemeliharaan CFS dan Rangkaian Ekologi

Jilid 2

Pemeliharaan CFS dan Rangkaian Ekologi Negeri

Ringkasan Eksekutif PIRECFS 2022

Strategi Pemeliharaan CFS dan Rangkaian Ekologi

12 Panduan Pemeliharaan & Pengurusan CFS

Setelah penilaian dibuat ke atas semua panduan Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS 2010, cadangan panduan pemeliharaan CFS disediakan merangkumi 12 aspek berikut:

Panduan Penyediaan Lintasan Hidupan Liar

Panduan pembinaan jambatan dan terowong khas untuk hidupan liar melintas jalan raya.

Panduan Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar​

Kaedah menangani insiden antara komuniti setempat dengan hidupan liar.

Panduan Pencegahan Aktiviti Pemburuan​

Langkah pengawalan untuk membanteras pemburuan haram di kawasan CFS.

Panduan Penghutanan Semula​

Panduan penanaman semula pokok asli di kawasan hutan yang terjejas.

Panduan Pengurusan Biodiversiti Akuatik​

Perlindungan ekosistem sungai dan spesies hidupan air tawar dalam CFS.

Panduan Penyediaan Zon Riparian​

Pengurusan kawasan penampan tebing sungai sebagai habitat hidupan liar.

Panduan Penyediaan Talian Rentis

Syarat alam sekitar bagi projek talian elektrik yang melalui kawasan CFS.

Panduan Penyediaan Zon Pertanian Pemuliharaan (CAZ)

Amalan pertanian mesra alam di kawasan bersebelahan Rangkaian Ekologi.

Panduan Pemulihan Tapak Perlombongan

Prosedur menghijaukan semula tapak lombong terbiar dalam kawasan CFS.

Panduan Pemeliharaan Tanah Gambut​

Perlindungan kawasan gambut sebagai takungan karbon dan sumber air.

Panduan Pembangunan Pelancongan​

Kerangka ekopelancongan terkawal tanpa menjejaskan ekosistem semula jadi.

Panduan Pembangunan Petempatan Manusia dan Perkampungan​

Kawalan perluasan petempatan bagi mengekalkan keseimbangan ekologi CFS.

Semua Dokumen CFS di Satu Tempat

Akses semua dokumen, garis panduan, laporan dan sumber berkaitan Central Forest Spine (CFS) bagi memudahkan pencarian maklumat, pelaksanaan serta pemahaman inisiatif CFS secara menyeluruh.

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.

Maklum balas Berjaya Dihantar

Inisiatif di bawah Tindakan 1.1a

Memperincikan Cadangan Guna Tanah dan Pemeliharaan Kawasan CFS di dalam Rancangan Tempatan (RT).

Hanya inisiatif yang melibatkan JPSM atau JPN sebagai pelaksana utama atau sokongan yang dipaparkan.

BilInisiatifPelaksana UtamaPelaksana SokonganFasa PerlaksanaanTahap Kepentingan Perlaksanaan Red ActionSangat Penting, Memerlukan Tindakan SegeraYellow ActionPenting, Boleh Dijalankan Secara SederhanaGreen ActionPerlu Kajian Terperinci Sebelum Pelaksanaan
1Menggunakan sepenuhnya RT untuk melaksanakan pengurusan tanah hutan dalam negeri secara bersama.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. JPN PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
2Sempadan kawasan CFS dan Rangkaian Ekologi perlu dimasukkan ke dalam RT bagi memastikan cadangan yang disediakan di dalam Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS 2022 diwartakan bersekali dengan RT di bawah peruntukan Akta 172. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
3Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.PLANMalaysia @NegeriI. PBPT
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
4Semua HTK di dalam daerah dicadangkan untuk diwartakan sebagai HSK.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PDT/PTD/PTJ
III. JPN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
5Mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam kawasan CFS dengan menyediakan analisis dan cadangan di dalam RT bagi memastikan semua KSAS dipelihara dengan baik.​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PBPT
III. PDT/PTD/PTJ
IV. JPN
V. JAS
VI. JMG
VII. JPS
VIII. Jabatan Pertanian
IX. Jabatan PERHILITAN
X. JWN
Fasa 1

Fasa 2
Red Action
6Menyediakan zon penampan di sekitar Rangkaian Ekologi bagi memastikan aktiviti guna tanah di kawasan sekitar selaras dan menyokong peranan Rangkaian Ekologi bagi menghubungkan hutan yang terpisah. ​PLANMalaysia @NegeriI. PBN
II. PTG
III. JPN
IV. JPS
V. Jabatan PERHILITAN
VI. PBPT
VII. PDT/PTD/PTJ
Fasa 1

Fasa 2
Red Action

Apakah perbezaan Rangkaian Utama dan Sekunder?

Rangkaian Utama

Jalur hutan tanpa putus yang menyambung terus dua kompleks hutan besar, menjadi laluan utama haiwan besar seperti Harimau dan Gajah.

Rangkaian Sekunder

Rangkaian “batu loncatan” hutan kecil yang menyambung kawasan terpisah ke Rangkaian Utama, melintasi ladang dan kawasan penduduk.